Hari berganti minggu dan bulan berganti tahun, yang tua akan pergi meninggalkan kita. Pastinya semua itu akan berlaku kepada kita dan harus kita hadapi walau dalam apa juga keadaan.
Satu pesanan yang amat berguna untuk dibaca oleh semua anak-anak di dunia. Dikongsikan oleh Ustaz Syed Sohleh Syed Jalaluddin.
MAK. Satu hari nanti ALLAH akan ambil MAK kita balik, waktu tu kita kena terima, dan kita sebagai anak jangan duduk diam je, memang sedih, tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir untuk MAK.
ANAK-ANAK PEREMPUAN
Pergi mandikan JENAZAH MAK, tengok muka MAK, tengok lama-lama, ini kali terakhir nak tengok, lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je, sentuh lembut-lembut badan MAK, belai lembut-lembut badan MAK, cakap dalam hati, inilah orang yang lahirkan aku, yang membesarkan aku.MAK didik aku jadi orang, MAK ajar aku jadi anak yang baik, walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati MAK tapi MAK tak pernah marah aku, MAK tetap nasihat aku.
Lepas ni aku dah takde MAK, aku tak dapat nak manja dengan MAK lagi, aku takde tempat nak bercerita, usap rambut MAK macam MAK usap rambut kita, cium pipi MAK macam MAK cium pipi kita, tengok MAK puas-puas, ini kali terakhir kita dapat tengok muka MAK, lepas ni takde peluang lagi dah.
ANAK-ANAK LELAKI
Jangan waktu MAK dah siap pakai KAIN KAFAN, kita masih sibuk kat luar rumah lagi, masuk rumah, renung lama-lama, ini kali terakhir kita dapat tengok MAK, inilah KALI TERAKHIR, waktu ini kita dah tak dapat nak cium tangan MAK lagi dah, kita cuma dapat cium pipi MAK sekejap.Inilah kali terakhir kita dapat cium, lepas ni kita takde peluang lagi nak cium MAK, cakap dalam hati, aku jahat macam mana pun MAK tak pernah buang aku, aku degil macam mana pun MAK tak pernah tak bagi aku makan, MAK suap aku makan, MAK marah aku sebab aku nakal,
Tapi MAK tak pernah benci aku, kalau dulu bila aku makan, MAK tunggu temankan aku kat meja, MAK tengok anak dia ni makan berselara, lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan MAK.
Bila nak sembahyangkan jenazah MAK, kalau tak boleh jadi imam jadi makmum, cepat-cepat berdiri kat belakang imam, dulu MAK selalu suruh kita solat, hari ni kita buat solat jenazah untuk MAK.
Bila jenazah MAK nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda MAK, biar kita usung jenazah MAK kita, ini MAK kita, dulu dia yang dukung kita, dia yang bawak kita dalam perut dia, takkan jenazah dia kita tak nak usung?
Waktu jalan bawak jenazah MAK ke perkuburan tu, ingat balik waktu MAK pegang tangan kita, waktu kita baru pandai jalan, MAK langsung tak bagi kita jatuh.
Sekarang kita nak hantar MAK pegi jauh. Sampai kat tanah perkuburan, jangan bagi orang lain sambut jenazah MAK, adik-beradik lelaki semua turun dalam liang lahat, sambut jenazah MAK, biar kita yang buka ikatan kain kafan, biar kita pusingkan jenazah MAK mengadap kiblat, biar kita yang letak bantal tanah kat balakang badan MAK, ITU MAK KITA.
Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya".
0 Response to "Kepada Anda Yang Masih Mempunyai Ibu, Ingatlah Pesan Ini - Ustaz Syed Sohleh"
Post a Comment