Baca Dan Fahami : Inilah Hukum Bagi Orang Yang Suka Melintasi Dihadapan Orang Tengah Bersolat.


Afwan. Saya ingin bertanya mengenai hukumnya jika seseorang melintas di hadapan orang yg sedang solat dan ketika itu tidak mengetahui ada seseorang yang sedang solat kerana tidak ada pembatasnya.

Syukran Jawapan: 

Melintas di hadapan orang yang solat tidak dibolehkan, berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam: 

"لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه من الإثم لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمور بين يدي المصلي" "Jika sengaja orang yang melintas di hadapan seseorang yg sedang solat tahu apa yg akan dia dapatkan dari dosa, 
nescaya ia berdiri menunggu saja hingga orang tersebut selesai solat lebih ia sukai daripada melalui di hadapannya "

40: boleh saja hari, bulan, atau tahun. 

Apabila Seseorang yang solat tidak memakai sutrah / pembatas maka jarak yang boleh dilalui oleh seseorng di hadapan orang yang solat tersebut mengikut jarak kepalanya ketika ia sujud, atau sesuai batas garis sejadah yang ada di hadapannya sebagaimana yang difatwakan oleh Syaikh Ibnu 'Utsaimin dan lain-lain. Wallahu a'lam

0 Response to "Baca Dan Fahami : Inilah Hukum Bagi Orang Yang Suka Melintasi Dihadapan Orang Tengah Bersolat."

Post a Comment