Jangan Biarkan Anak Tidur Meniarap



Memang ada sebabnya kenapa anak² tak dibenarkan tidur meniarap. Bukan suka suki tak bagi. Ingat dulu masa jaman skolah, Mak selalu tegur katanya tak elok tidur meniarap ni. Nanti syaiton duduk kat belakang badan tu,,,hehehe,,,Tapi bila dah dengar penerangan dari Ustazah Norhafizah Musa dalam rancangan Usrati di IKIM.fm, baru aku tahu sebabnya. Meh baca ni.

Sebelum ni, aku ada kongsikan entry mengenai [UMUR YANG SESUAI UNTUK PISAHKAN TEMPAT TIDUR ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN]. Harini aku nak kongsikan info kenapa tak boleh biarkan anak tidur meniarap pula. Tapi tak disebutkan pula bermula dari usia anak berapa tahun yang tak dibenarkan tidur meniarap nih. Kalau nak ajar anak pendidikan seksual, ada content bergantung pada tahap usia kan.

Anak umur setahun pon dah ada Tarbiyah Jinsiah nya bila mana dia dah mula kenal dengan jantina sebab dah boleh bezakan dia sama dengan kakak atau abang dia. Cer try test kat anak² uolls...hehehe...Masa tu kita dah boleh terangkan Tarbiyah Jinsiah yang sesuai dengan umurnya. Ok...berbalik kepada topik.

Menurut Ustazah Norhafizah Musa, dalam kitab pendidikan anak cara Nabi SAW, tidur yang terbaik adalah tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak meniarap. Dalam islam, tak elok dibiarkan anak² tidur meniarap, Tidur yang terbaiknya adalah di sisi kanan. Kenapa tak boleh tidur meniarap?

SEBAB IANYA ADA KESAN DENGAN GELOMBANG SEKSUAL ANAK KETIKA TIDUR. NABI SAW MENGANGGAP TIDUR YANG TERLANGKUP/MENIARAP INI SEBAGAI GESELAN KEPADA ALAT KELAMIN ANAK YANG YANG AKAN MEMBANGKITKAN NAFSU SYAHWAT. Sampai tahap tu islam menjaganya kan.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: 

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) 

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: 

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Jadi, tengok² lah kalau anak kita meniarap. Takut nanti naluri seksual dia lebih hebat sebelum masanya. Biasalah...faktor persekitaran juga banyak mempengaruhi. Tengok lah citer² skang. Citer melayu pon dah macam citer omputih. Bebudak skang pon dah advance. Smoga anak² kita dijauhkan dari anasir² yang tak baik ni.

Pencegahannya...ajarkan dan lazimkan anak² kita tidak tidur menangkup/meniarap. Tidur yang sebaiknya seperti yang Nabi SAW ajar iaitu TIDUR DISEBELAH LAMBUNG KANAN.

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya:

“Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

0 Response to "Jangan Biarkan Anak Tidur Meniarap"

Post a Comment