6 GOLONGAN MANUSIA YANG SELAMAT DARI AZAB KUBUR.



6 GOLONGAN MANUSIA YANG SELAMAT DARI AZAB KUBUR. 

Setiap manusia pasti menginginkan hidup yang selamat di dunia dan di akhirat kelak. Serta dielakkan dari pada azab kubur serta fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah masih ad dajjal. Salahbsatu doa yang diajarkan Rasulullah SAW ada dalam satu riwayat hadis daripada Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi:

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , 

Ertinya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.” (HR. Muslim dan An-Nasa'i)

Diantara amalan manusia yang akan dapat membebaskan dari pada azab kubur yang diterangkan di dalam hadith Rasulullah SAW adalah:

1. Orang Yang Mengekalkan Air Wudu Dalam hidupnya. 

Nabi s.a.w bersabda:
“Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yg diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (HR Thabrani)

2. Orang Yang Meninggal Dunia Kerana Berjihad Di Jalan Allah SWT. 

Nabi s.a.w bersabda:

“Orang yg mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara:

A). Diampunkan dosa2nya ketika mula2 terpancut darahnya,Serta melihat kedudukannya di syurga.
B). Selamat daripada azab kubur.
C). Selamat dari huru hara hari kiamat.
D).Dipakaikan dikepalanya dgn mahkota ketenangan.. Batu yaqut yang ada padanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
E). Dikahwinkan dengan 72 bidadari.
F). Diizinkan utk mensyafaatkan 70 saudara maranya". (HR. Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yg berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah dibunuh atau menang maka dia tidak akan diazab dalam kuburnya selama-lamanya.”(HR Hakim)

3.  Orang Yang  Mempertahankan Diri Di Perbatasan. 

Ribat adalah menjaga tempat-tempat yang dilalui musuh untuk masuk ke Negara Islam.

Nabi s.a.w bersabda:

“Ribat sehari semalam lebih baik daripada puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yg sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”(HR. Muslim).

4. Orang Yang Mengamalkan Surah al-Mulk.

Ibnu Abbas menceritakan:

“Seorang Sahabt Nabi membina khemah diatas kubur tanpa dia menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba diambil melihat seorang manusia di dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahabat tadi berjumpa Nabi SAW dan menceritakannya. Nabi s.a.w bersabda

“Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat yang menyelamatkan orang yang membaca serta menjaganya dari azab kubur.”(HR Tirmizi)

5. Orang Yang meninggal kerana Sakit Perut

Nabi s.a.w bersabda:

"Siapa yang mati disebabkan penyakit dalam perutnya maka tidak diazab dalam kubur."(HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)

6. Orang Yang Meninggal Pada Malam Jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak ada orang Islam yang mati malam jumaat atau hari jumaat melainkan Allah akan memeliharanya dari azab kubur."(HR Tirmizi)"

"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul khotimah Jangan Engkau akhiri hiduo kain dengan suul khotimah. Jauhkqn kqmi dapi pada fitnah kehidupan serta fitnah kubur dan fitnah masih ad-dajjal. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam. 

0 Response to " 6 GOLONGAN MANUSIA YANG SELAMAT DARI AZAB KUBUR. "

Post a Comment